Undian dan jadual Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015

Undian akhir dilangsungkan pada 10 Februari 2015, 17:30 waktu tempatan, di SkyCity Grand, Auckland.[13][14] Untuk undian, 24 pasukan dibahagikan kepada empat balang berbeza:[15]

  • Balang 1: Tuan rumah dan juara benua dari lima konfederasi (kecuali OFC)
  • Balang 2: Baki pasukan dari AFC dan CAF
  • Balang 3: Baki pasukan dari CONCACAF dan CONMEBOL
  • Balang 4: Baki pasukan dari OFC dan UEFA

Sebagai prinsip asas, pasukan daripada konfederasi yang sama tidak boleh diundi sesama sendiri dalam peringkat kumpulan. Disebabkan Piala B-20 CAF U-20 belum selesai pada waktu undian dijalankan, undian asing dilaksanakan pada 23 Mac 2015 di Dakar, Senegal, semasa pertandingan berakhir untuk menentukan kumpulan pasukan tempat ke-2, ke-3 dan ke-4 CAF yang akan bermain, untuk memastikan tiada manipulasi dalam perlawanan ketika pertandingan kelayakan.[16][17]

Balang 1Balang 2Balang 3Balang 4

 New Zealand (Kumpulan A)
 Argentina (Kumpulan B)
 Qatar (Kumpulan C)
 Mexico (Kumpulan D)
 Nigeria (Kumpulan E)
 Jerman (Kumpulan F)

 Korea Utara
 Myanmar
 Uzbekistan
 Mali
 Ghana
 Senegal

 Honduras
 Panama
 Amerika Syarikat
 Brazil
 Colombia
 Uruguay

 Fiji
 Austria
 Hungary
 Portugal
 Serbia
 Ukraine

Jadual kejohanan telah dilancarkan pada 20 November 2013.[18]

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_B-20_FIFA_2015 http://www.cafonline.com/en-US/NewsCenter/News/New... http://resources.fifa.com/mm/document/footballdeve... http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/media/n... http://www.fifa.com/newscentre/news/newsid=2226179... http://www.fifa.com/tournaments/bidsfifaevents/new... http://www.fifa.com/u20worldcup/groups/index.html http://www.fifa.com/u20worldcup/index.html http://www.fifa.com/u20worldcup/matches/round=2715...